Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Monday, May 28, 2012

Program Amal Juara Piala FA



Menurut Tan Sri Annuar Musa, Piala FA yang dimenangi oleh pasukan Kelantan baru-baru ini akan diarak dari Wisma KAFA pada petang hari Jumaat 1 Jun 2012.

Piala FA tersebut akan ditempatkan di pusat membeli belah TESCO di Lembah Sireh selama tiga hari bagi membolehkan penyokong-penyokong melihat sendiri dan bergambar dengan piala kebangaan tersebut.

Tan Sri Annuar Musa dalam kemaskini laman FB beliau juga berkata, Kelantan akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Perdana, ATM FA yang dikendalikan oleh bekas jurulatih Kelantan B Sathianathan. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 8 Jun di Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu.

Piala FA juga akan turut dibawa ke stadium ketika perlawanan tersebut.

Beberapa acara sampingan berbentuk program amal turut dirancang bagi diadakan pada hari berikutnya, melibatkan pasukan Kelantan, ATM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Program tersebut termasuklah aktiviti lawatan ke tadika, gotong-royong di masjid, menziarahi golongan OKU dan riadah remaja. Tan Sri Annuar Musa menjemput Kelab Penyokong yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti berkenaan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftar di Wisma KAFA.

Pelbagai hadiah, sumbangan dan cenderahati akan diagihkan pada hari berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang lain, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan beliau tiada maklumat tentang Karnival Bola Sepak yang dianjurkan oleh MPKB-BRI pada 2-4 Jun di Padang Perdana, Kota Bharu, yang dilapurkan akan dimeriahkan dengan kehadiran pasukan The Red Warriors dan pameran Piala FA.

Baliau berharap pihak penganjur dapat menghubungi KAFA bagi menyelaraskan aktiviti-aktivi seperti itu kerana ia perlu mendapat pertimbangan serta kelulusan pengurusan dan jurulatih pasukan.

Oleh Amierul Hisham


0 comments:

Post a Comment