Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Saturday, May 12, 2012

LIGA SUPER : Kelantan benam PKNS, kejar Lions XII

Penyerang import Kelantan Mohamed Ghaddar diasak pemain 
PKNS dalam perlawanan Liga Super, Kelantan menang 3-0

KELANTAN mempamerkan aksi yang cemerlang apabila mencatat kemenangan selesa ke atas PKNS 3-0 dalam pertemuan Liga Super di Stadium Petaling Jaya malam ini.

Kemenangan ini juga membuatkan Kelantan yang kini mengumpul 37 mata semakin menghampiri pencabar terdekatnya, Lions XII yang mengutip 40 mata.

Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha Sekali lagi beraksi cemerlang apabila jaringannya berjaya membuka tirai jaringan The Red Warrior pada minit ke-25 untuk mendahului PKNS 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, PKNS yang tersentak dengan jaringan gol Kelantan cuba mengatur strategi untuk membolosi gawang lawan, bagaimanapun tidak berhasil.

Sebaliknya, asakan bertubi-tubi Kelantan ke gawang pasukan tuan rumah akhirnya berjaya apabila pemain import pasukan itu, Obinna Nwaneri berjaya menghasilkan gol pada minit ke-82 untuk mencatat kemenangan 2-0.

PKNS sekali lagi tersentak apabila jaringan solo Mohamed Ghaddar pada minit ke-86 membuahkan hasil untuk mencatat kemenangan selesa 3-0 sehingga ke wisel penamat.

Sementara itu, hasrat Lions XII untuk menjarakkan pungutan mata tidak kesampaian apabila hanya seri 3-3 dengan Kedah di Stadium Jalan Besar.

Ia kekecewaan kedua diterima pasukan Lions XII setelah tewas di tangan Kelantan 3-0 Jumaat lalu.

Oleh:
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH & MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN
Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment