Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Saturday, May 12, 2012

KOLUMNIS : Ulasan Perlawanan #16 PKNS vs Kelantan oleh Betterman


Oleh : Muhammad Hafiz @ Betterman

PERLAWANAN pemanas badan Piala Fa bagi Kelantan untuk Gameweek 16 bermula dalam cuaca yang baik dan kualiti padang yang agak baik di Stadium Mbpj Kelana Jaya menyaksi kan Kelantan turun bermain penuh berhati-hati kerana inginkan nuansa yang santai tetapi turut berjaga-jaga.

Dari Line-Up yang diterima awalnya oleh Blogger dan Jurnalis Bola Kelantan rata-rata mengatakan Bojan akan menggandingkan Obinna dengan Subramaniam, yang nyata meleset apabila terus memberi kepercayaan kepada Rizal Fahmi kemungkinan untuk memberi keyakinan dan Gain Form kepada Stopper Kelantan Fa yang bertubuh sasa itu. 

Nyata pemain ini mampu membalas kepercayaan Coach dengan memberi kerjasama sebaiknya dengan Obinna dengan membantu Obinna dalam situasi sukar sehingga Obinna dua kali bersalaman 'High Five' dengannya ketika situasi sedikit genting didalam kotak penalti Kelantan.

PKNS tanpa Attacking Midfielder import mereka dari Perancis, mengharapkan satu-satunya Import dari Brazil, Ferreira Gomes yang bermain Defensive Midfielder namun kerap naik keatas membantu pasukannya dalam melakukan serangan. 

Pasukan Middle Table seperti biasa mempunyai rentak 'skima' dalam bertahan dan serangan berorientasikan bola perlahan yang banyak berfikir sebelum menghantar bola. Gaya bolasepak mereka ada gerakan tersendiri iaitu gaya bersemangat dan nampak seperti pasukan ini diuruskan dengan teratur selain mempunyai jurulatih berpengalaman seperti Abdul Rahman Ibrahim. Meletakkan Lone Striker bekas penyerang Selangor anak kelahiran Kelantan iaitu Rudie Ramli. Pemain ini belum pernah berkhidmat untuk pasukan tanah kelahirannya.

Ketiadaan pemain sayap kreatif mereka yang pernah di panggil oleh Jurulatih pasukan kebangsaan iaitu Fauzan Dzulkifli yang juga penjaring terbanyak mereka menambah-rencatkan permainan mereka yang banyak berlegar di tengah padang sebelum membuat lambungan Bola Panjang atau sesekali mengejutkan dengan Through Pass yang pantas di baca oleh benteng Kelantan. 

Seawal permainan Rudie Ramli yang tidak terlalu bebas masuk ke dalam kotak penalti Kelantan kerana di ekori rapat oleh Obinna, melakukan satu tendangan jarak jauh secara Loap dan terkena palang. Namun Kelantan menggandakan asakan dan mendapat sepakan percuma dari jarak dekat, Piya dengan sepakan cantik mengelirukan menghantar bola mencium sudut kiri palang gol PKNS.

Selepas mendapat rentak dan keyakinan, Kelantan bermain sedikit garang merancakkan tempo pergerakan Nurul Azuan ketika sayap kanan Indra yang bergilir posisi dengan Norfarhan banyak berlegar ditengah bermain One Two Pass jarak dekat untuk melangsungkan pergerakan Norshahrul, manakala Piya sekali lagi diarahkan oleh Bojan untuk banyak turun kebawah membantu Shakir, yang kedua-duanya tampak bagus menahan asakan lawan yang diketuai bekas Bek Kanan Terengganu Helmi Rameli yang di Upgrade oleh Man Dagu sebagai pemain sayap kanan. 

Sebelum Norshahrul dapat meletakkan bola ke pukat PKNS, saya kira ada 3-4 passing cantik kepada Norshahrul dan Norfarhan yang bergilir menunggu didalam box lawan untuk menerima Through Pass dari tengah kebanyakan dari Nurul dan Indra, gagal disempurnakan dengan sebaiknya oleh kedua penyerang itu.

Norshahrul malam ini nampak kelam sedikit, walaupun ada peluang cantik dalam kotak, namun banyak mensia-siakan sedikit kerana ketika berpeluang menyepak ke gol, dia melakukan passing begitulah sebaliknya, sempat satu sama satu dengan Goalie PKNS namun sepakannya perlahan dihadang kemudian baru ditangkap oleh Goalie tersebut. 

Sehinggalah datang crossing yang banyak dilakukan dari kanan, berganda-ganda oleh Indra dan Daudsu yang banyak Overlapping, akhirnya Far Post yang ketika benteng menjaga Norshahrul dan terkeliru dan Goalie sudah sedikit tertewas, Matyo tenang menahan bola berpusing dan melalaikan Bek PKNS menunggu untuk Goalie PKNS juga merebahkan badan barulah dia menyepak ke gawang. Bersorakan PKNS yang di serikan oleh persembahan Dikir Barat selain paluan kompang oleh Kelab Penyokong.

Bermula separuh masa kedua, Daudsu yang sudah mengutip kad kuning di separuh masa pertama kerana kekasaran yang tak sempat beliau elakkan, Bojan memasukkan Farisham yang tak bermain di perlawanan sebelum ini, masuk bermain sebagai Bek Kanan yang seperti biasa agak statik, mungkin Coach mahu PKNS menyerang dulu dan Kelantan di minta bersabar dengan bermain berhati-hati. 

Bermula lah episod sedikit Boring bila Kelantan terlalu mengawal tempo lawan, Norshahrul yang banyak berlegar didepan sekali sekala mendapat bola yang terlepas dari Passing jauh bersikap sedikit berhati-hati, dengan mengurangkan gelecekan Trademark nya mungkin tidak mahu di Tackle kerana mahu beraksi cemerlang di Final, ada beberapa peluang yang biasanya jarang dilepaskan oleh Matyo, namun beliau kelihatan cekal banyak mengejar bola yang dilepaskan olehnya.

Ketika penyokong buntu dengan gerakan gagal penyerang, Kelantan diberikan satu sepakan percuma dari jarak 30 Meter dari tiang gol, Matyo yang mengelirukan lawan melarikan dirinya keseberang kiri seperti mengharapkan Badhri Radzi melorongkan bola kepadanya, Piya dengan yakin menyungkit perlahan bola ke tengah kotak, tiba Obinna yang mengekori bola kedepan gol, memanjat tinggi dan melakukan Plessing yang sangat deras ke bucu kiri gawang, satu gol setimpal tindakan yang bijak dari Masterplan Kelantan. 

Bersorakan dan suara Pendikir semakin kuat dengan lagu Ole Ole nya. Bermula dari gerakan yang tidak ada apa-apa semangat dan nekad Winning Mentality boleh datang dengan tiba-tiba, itulah kehebatan Obinna malam tadi.

Melihatkan Nurul Azuan yang keletihan kerana banyak bekerja keras mencuri bola di sudut kiri, selain itu Awe di lihat sebagai Second Striker kepada Matyo di tengah-tengah separuh masa kedua, Farhan dan Indra banyak turun kebawah ketika PKNS banyak menggerakkan bola oleh sayap kanan mereka yang memakai jersi nombor 25, Fazli Baharudin menjadi mangsa Boo oleh penyokong Kelantan kerana sedikit menunjuk cara permainannya, Bojan memasukkan Ghaddar dan mengeluarkan Awe yang diberi tepukan gemuruh oleh fans, sebagai tanda mengucapkan tahniah kepada Awe yang banyak bekerja keras, selain mengharapkan Ghaddar masuk dengan Magic nya yang tak melampau. 

Abdul Rahman Ibrahim juga mengeluarkan Fazli yang tertekan di Boo, memasukkan pemain muda Khairu Azrin yang juga di Boo manja, selain menguatkan serangan dengan mengandingkan Rudie dengan penyerang berusia Nizaruddin Yusof.

Seperti kepenatan banyak berfikir mengatur strategi dari tengah, PKNS hilang punca dan Nizar tak banyak membantu. Lain pula dengan Ghaddar yang sempat membuat skill gerakan bola laju dan gelecekannya walaupun larian solo nya tidak dipersetujui oleh Indra yang segera berhenti Follow dan berpaling muka kearah lain, Ghaddar yang terlepas dua kali dalam gerakan solo, kali ketiga mendapat peluang ketika benteng PKNS naik sedikit keatas sepakan tinggi oleh Apek ibarat satu Assist Long Ball yang berharga, seperti zaman Halim Napi membuat 'Kudaan' yang menjadikan Assist beberapa tahun dulu, Ghaddar dengan cemerlang menyambut bola dengan larian laju, meninggalkan Last Man PKNS yang juga bekas pemain Kelantan iaitu Azlan Zainal, yang tak sempat mengejar berhadapan satu sama satu dengan Goalie PKNS menewaskan dengan sepakan ketepi yang kembali menitikkan bibit-bibit cinta penyokong yang mencemuhnya.

Kecemerlangan mengalahkan pasukan terurus dan disiplin seperti PKNS ketika dilabel keletihan kerana jadual perlawanan yang rapat di banyak kejohanan disertai, walaupun bermain dengan gaya yang berbeza ketika mengalahkan LionsXii dan Ayeyawady, pemain Kelantan yang berlari kepada penyokong selepas perlawanan tamat, semuanya berpegangan tangan dan mengangkat tangan rakan-rakan nampak seperti menambah Booster dan keyakinan didalam diri masing-masing, kelihatan Khairul Fahmi sangat gembira penyokong semakin nyaring meluahkan keyakinan bahawa kita mampu menewaskan pasukan kurang terkenal di Final nanti iaitu Sime Darby.

Sedikit ruang yang ada penulis ingin mengulas bagaimana Unbelievable Final Football Match yang memberi ruang pasukan yang mungkin hanya di beri 1 sehingga 10% peluang untuk menang di pentas perlawanan akhir yang besar, mengubah kepercayaan ramai yang kejutan boleh berlaku bila-bila walaupun di Final walaupun Against All Odds. 

Perlawanan akhir Uefa Euro 2004, Greece menewaskan Portugal, pasukan yang sedang bangkit dengan aura Cristiano Ronaldo yang dianggap pemain yang bukan dilahirkan di bumi, tetapi bumi Portugal menyembah tanah apabila tersungkur kepada Greece. Pasukan Underdog yang diperingkat Saringan atau kelayakan, sekumpulan dengan Sepanyol dan Ukraine, terpaksa menghabiskan baki semua 6 perlawanan kelayakan dengan kemenangan dan mereka mampu melakukan.

Diperingkat kumpulan dalam kejohanan negara-negara Eropah itu, Greece membuat kejutan menewaskan tuan rumah iaitu Portugal. Kemudian mereka sekali lagi mengejutkan Sepanyol dengan seri 1-1 dan membuka peluang mereka ke Suku Akhir. 

Perlawanan terakhir kumpulan penuh debaran apabila mereka didahului Russia 2-0 dan menyamai keputusan 2-2 dan selepas itu sebelum perlawanan berakhir seri, Russia boleh menyingkirkan Greece jika penalti penyerang Russia masuk dan nasib mereka Russia gagal dalam sepakan penalti minit-minit akhir dan Greece layak ke Suku. Di Suku Akhir mereka menewaskan Zidane, Lizarazu dan Barthez, dan di Separuh Akhir menewaskan Karel Poborovsky, Nedved dan Rosicky. Dan sekali lagi di Final mereka menewaskan tuan rumah yang pernah di tewaskan didalam perlawanan peringkat kumpulan.

Jika anda juga ingat dan Enjoy perlawanan ini di kedai makan, anda boleh lihat dari 25 orang mungkin ada terselit seorang sahaja yang yakin Greece boleh mengalahkan Portugal. Begitu juga di Stadium Bukit Jalil nanti, mungkin dari 25000 orang ada 1000 yang harap Sime Darby menang, dari 50000 mungkin 2000 merasa Sime Darby akan angkat piala kali pertama sebagai Kelab pertama, dari 75000 orang Fullhouse Snbj, penulis rasa ada 3000 orang yang harapkan keghairahan 72000 penyokong Kelantan dilenyapkan begitu sahaja dengan perkara yang masuk akal dalam bolasepak, iaitu NASIB.

Oleh itu, penulis harap keyakinan kita harus ditakkulkan dengan timbangan yang waras, yang harapannya bergantung kepada Doa, kehendakknya berharap seberapa mampu yang mungkin namun bukanlah mengatasi langit ketujuh, mendakwa tiada apa-apa mampu menyekat kemaraan Kelantan dalam mengutip Piala yang satu-satunya didahagakan oleh seluruh rakyat Kelantan. 

Sama-sama kita merayu dengan Doa dan mengharap dengan rendah diri keangkuhan kita bukan sebenar-benarnya angkuh tetapi keyakinan biasa biasa sebagai penyokong bolasepak yang tegar, sebagai The Red Warriors yang berjiwa besar.

Muhammad Hafiz @ Betterman

0 comments:

Post a Comment