Free Shoutcast HostingRadio Stream Hosting

Monday, May 21, 2012

Kerajaan Kelantan Pertimbang Ganjaran Kepada Red Warriors

Kerajaan Kelantan akan mempertimbangkan pemberian ganjaran kepada pemain-pemain Red Warriors selepas muncul sebagai juara pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Insentif ini juga sebagai galakan kepada mereka untuk berusaha lebih gigih pada Liga Super dan Piala Malaysia nanti," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Kelantan mencipta sejarah dengan muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby FC 1-0 selepas menunggu selama 22 tahun bagi mencipta kejayaan itu.

Pada 2009 dan 2011, pasukan itu hanya berjaya menyandang gelaran naib juara selepas tewas di tangan Selangor dan Terengganu.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment